Pengasas Anjung Hikmah

Pengasas


Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam diatas hikmat dan rahmatnya yang tidak terhingga banyaknya. Selawat dan salam keatas junjungan mulia nabi Muhammad S.A.W ahli keluarga para sahabat yang dikasihi.

Dr (H) Mahyuddin Bin Hamid berpengalaman selama 16 tahun didalam Perubatan tradisional Islam dan Perubatan Homeopathy di bawah naungan PPHM.

Kesihatan merupakan anugerah Allah kepada kita yang perlu di syukuri ia merupakan harta yang tidak ternilai harganya dan tidak mungkin dijual beli kerana tanpa kesihatan tidak bermaknalah wang ringgit dan kehidupan. Dari itu hargailah kesihatan demi kebahagiaan masa depan diri dan keluarga anda.

Pihak syarikat ingin menjadi pengeluar kepada produk kesihatan Homeopathy dan herba yang berkualiti tinggi, suci dan halal serta memberi kesan kesembuhan yang terbaik dengan harga yang amat berpatutan kepada masyarakat.

Syarikat Anjung Hikmah diasaskan bertujuan membantu mencapai tahap kesihatan terbaik demi meningkatkan pendapatan dan ekonomi umat islam seluruh Malaysia dan Asia.

Mudah mudahan dengan usaha ini akan memberi manfaat kebaikan kepada mereka yang bersama – sama berjuang bersama kami di dunia dan akhirat. Sabda nabi “sebaik-baik manusia adalah manusia yang membawa kebaikan kepada orang lain”.

Mudahan dengan perjalanan ini mendapat ganjaran disisi Allah buat diriku, keluargaku, ibu-bapaku, sahabatku penyokong-penyokongku dan seluruh umat islam demi memartabatkan ekonomi ummah.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada jasa-jasa mereka yang terdahulu dan kini sama-sama menyokong perjalananku.
Sekian
Al Fakir
Dr (H) Mahyuddin B. Hamid
(PHOM, APHOM, DHMS, BHMS, MAHM/USU)
No posts.
No posts.